Friday, December 24, 2004

Pembantu Rumah Gua Cabut!!!!??

Pembantu rumah ni dah bekerja dengan aku selama 8 tahun... Selama tu dah banyak tempat yang mana aku gi dia pun gi sama.A'farmosa, Genting, Desaru, Redang... Me and my wife tak pernah berkira sama dia, and somemore after knowing she has a husband, we allow her to go on leave everyweek, friday night to Monday morning.

Bulan 11 hari tu, before bulan puasa dia balik indon for cuti, 6 weeks. Memang almost every year dia balik pun. Supposed to come back on the 20th of December. Pagi tu dia call cakap tak yah jemput kat KLIA, pasal husband dia jemput. Aku cam budak bangang cakap, OK. Ye lah dah 8 tahun kerja, aku percaya jugak ngan pembantu rumah ni. Tunggu punyer tunggu, sampai ke petang , dia tak timbul. Wife aku dah geram, "ewah, kita kasi chance, dia ambik advantange plak!", aku cakap, "biorle, dia nak jumpa husband dia, dah lama tak jumpa, kena le buat benda-benda yang husband and wife buat, kah,kah.."

Sampai besok pagi, dia tak muncul, anak aku gi sunat plak, aisay, ni yang leceh ni, sapa nak jaga budak yang bersunat ni kat rumah. Wife aku ambik EL. Aku gi SMS kat laki pembantu rumah aku, bertanya pasal wife dia dah balik ke tidak? kalo tak call or muncul within 24 hours, aku kena report polisi and imigresen.

Malam tu, aku dapat SMS dari laki pembantu rumah, citer wife dia tak bole kerja ngan aku lagi pasal dah pindah jauh ke Subang Jaya. Ah Sudah, ni sudah masaalah ni. Bini aku dah mula nak ngamuk, pasal pembantu runmah ni banyak pinjam duit dari dia. Ticket nak balik cuti tu pun bini aku advance kan. Bini aku sms kat laki si pembantu rumah, meluahkan perasaan geramnyer dengan style dia berenti kerja. Aku malas nak pikir history, aku nak solve the problem je. Besoknyer aku report polis, pas tu gi imigresen to cancel her permit, kena lak RM250. Cheh, banyak tu, bole main golf at least 10 kali kat PTGC.

Gi call agent yang kenal ngan budak aku, dia kata bole dapat dalam masa 3 minggu, aku cakap aku book sorang, Bayar lagi, duit advance RM 1,500.00. Aisay, nampak gayanyer pokai le gua bulan-bulan 12 and 1 ni. Apa nak buat....

Moral of the story? Kalau ada problem, lu musti ada duit untuk settle that problem, cuba pikir kalu aku tak berduit nak cari ganti, bayar report polis and imigresen,etc. Lagi le poning kepalo den , Ptuiiii!!!!

4 comments:

Anonymous said...

La, kesian aku kat ko, golfer melayu? Nak tanye, lu punya pembantu rumah tu cun ke??

Rostam78 said...

Biasa la tu... cuma heran la, dia dah keje 8 tahun.... Sorry tak leh nak kesian kat kamu, sebab aku sendiri dah lama takde maid!

Money is not everything, but money can solve nearly everything..... yup I agree bro, we do need money....

golfer melayu said...

tak cun, rupa dia cam bibik kat dalam cerekarama tv3 hari tu. SEBIJIKKK GUA CAKAP LU!!!!

golfer melayu said...

Siapa lah aku yang hendak di kasihani oleh engko Wak Tam, he, he. Come to think of it, aku memang tak perlu di kasihasi oleh engko, tapi kalu ko nak bersedekah kat orang yang ditimpa musibah, aku menerimanyer ngan tangan terbuka. Alumni tak leh tolong ke kalu ada kes-kes camni?