Friday, July 29, 2005

Dato'.......

Ramai gak kengkawan aku yang dapat "Dato'ship" baru-baru ni. Salah seorang adalah kawan sebilek gua masa aku belajar di USA. Aku panggil dia ML. Peminat Rod Steward. Masa aku kat sana, sempat le tengok mamat ni joget style Rod Steward. Mat smart jugak. Musti nak pakai jacket kulit warna coklat kemerah-merahan dia. Sesekejap tengok cermin, nak betulkan jambul dia. Bila dia balik ke Malaysia, bergiat cergas dalam politik. Last "election" dia menang di kawasan dia. Jadi YB le. Jadi lak Exco kat negeri tu. Jaga hal ehwal infrasruktur and pembangunan negeri. Baru-baru ni , sempena Hari Keputeraan Sultan Negeri ML, aku nampak le nama dia . Dah dapat Dato dah si ML. Aku cepat-cepat hantor SMS congratulating him.
"Thank you Bro...Bila bole jumpa borak-borak?" Dato jawab.
Allright YB Dato' Ir ML, caya sama lu.

Sorang lagi adalah ex-boss gua. Dato MAS. Orang yang memperkenalkan golf kat gua pada tahun 1996. Masa tu dia dah main Hcp 7. Gua baru terkial-kial nak cuba pukul bola. Sekarang dia kerja as "President Director" of an Indonesian Mining Company. Last sekali aku jumpa dia about five months ago kat Jakarta. Gaya cakap still like dulu. Very "Stylo".

Gua cukup happy kalo kengkawan yang memang "down-to-earth" dapat darjah-darjah kebesaran ni. Manalah tau, bila ada problem, BIGGGG problem, ada gak tempat nak mengadu.
he he

No comments: